sahabat,terima kasih
Posted on Khamis, 26 November 2015 @ 8:40 PTG < 0 cheonsa >
Sahabat.Walau kedengaran sukar untuk dimiliki tetapi percaya lah ia akan dimiliki suatu hari nanti.Aku inginkan sahabat yang bersama aku ketika aku senang dan susah.Mungkin di luar sana katakan pada zaman sekarang tiada lagi sahabat yang setia tapi tidak pada aku.Alhamdulilah aku temui sahabat yang bersama ketika aku 'down' dan ketika aku gembira.Alhamdulilah.Aku harap persahabatan ini kekal.Mungkin terlalu awal aku katakan ini memadai kerana aku juga mungkin akan temui sahabat yang baru di luar sana.Ketika umur aku kini 16 tahun aku melalui pelbagai dugaan dalam persahabatan.Ia normal dalam persahabatan.Alhamdulilah masih ada yang ada disisi aku ketika ini.Mungkin bila aku orang yang membaca entri aku kali ni mesti beranggapan''belum kena tikam belakang,belum bergaduh besar dengan kawan,belum kena tinggal dengan kawan''.Tidak , aku pernah lalui itu semua walau tidak sebesar mana tapi ia membuat aku cukup terluka untuk takut pada manusia bergelar kawan tapi ada tangan yang menyambut untuk aku bangkit dari kelukaan.Terima kasih , aku amat hargai , kerana itu aku berani kata aku punyai sahabat.walau persahabatan ni sering kali dilanda dugaan alhamdulilah Allah masih beri peluang untuk bersama.Wahai sahabat, terima kasih untuk memahami , mengerti , mempercayai dan menyayangi diri ini.Terima kasih bersama dalam suka duka.Aku tahu aku tidak sebaik mana tetapi terima kasih sedarkan aku , terima kasih nasihat jika aku melakukan kesilapan.Terima kasih ajar aku dalam pelajaran.Terima kasih membuat aku sentiasa bahagia.Hampir 3 tahun kita bersama, semoga ukwah kita kekal ke Jannah . Mari kita bersama mencapai kejayaan dunia dan akhirat.Good luck SPM 2016. hah!!!!! alhamdulilah aku lebih kuat sekarang sebab hati aku sudah kosong dari cinta kepada lelaki.Terima kasih pada sahabat yang selalu bagi sokongan kepada aku ketika aku terluka dan sokong aku untuk melupakan dia.Sayonara D.Aku lebih bahagia jika kita berkawan. kepada batch 99, good luck for spm16.semoga kita dapat mencapai kejayaan bersama. semoga kita mampu mencipta sejarah. assalamualaikum dan bye p/s terima kasih sudi membaca |